Make your own free website on Tripod.com
  Tun Dr. Mahathir Mohamad
 

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Perdana Menteri Malaysia Pertama (1957-1970)

 

 

Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari1903 di Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah adaah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara adalah seorang puteri keturunan Raja Siam.
Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Inggeris Kerajaan kini (Maktab Sultan Abdul Hamid) Alor Setar. Kemudian beliau dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia beliau berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang.
Tunku kemudiannya melanjutkan pelajaran ke England pada tahun 1919 dan berjaya meraih ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari St. Catherine's College, Cambridge Universiti pada tahun 1925. Beliau bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.
Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British.
Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Tunku memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim. Pada tahun 1938 sekali lagi beliau ke England, kali ini untuk mengikut kursus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.
Tunku kembali ke tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama Am Saiburi'. Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah 'Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala'. Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali muncul, beliau menyertai Kesatuan Melayu Kedah.
Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947 beliau ke England sekali lagi untuk meyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun. Pada tahun 1949 beliau lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam. Sekembalinya ke tanah air beliau bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.
Tunku adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Apabila Dato' Onn Jaafar meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO pada tahun 1951, Tunku dipilih menggantikannya.
Sejak mengambil alaih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Tunku telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Tunku membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957.
Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama memegang potfolio Menteri Dalam Negeri.
Di peringkat antarabangsa, Tunku teah mengilhamkan penubuhan Association of Shoutheast Asia (ASA) dan memeterai perjanjian penubuhannya pada tahun 1961 dengan Thailand dan Filipina. Beliau adalah seorang yang keras menentang dasar apartied Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari Komanwel dalam Persidangan Komanwel di London.
Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Tunku telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini.
Tunku adalah peminat sukan yang serius, beliau telah mengembangkan mintnya ke peringkat negara apabila Malaysia menganjurkan kejohanan Pestabola Merdeka pada setiap tahun yang menyumbang kepada negara ini muncul sebagai gergasi bolasepak Asia ketika itu.
tTunku juga bertanggungjawab mengilhamkan penubuhan Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapura adalah 'barah yang harus dibuang' demi mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara.
Namun peristiwa yang paling menyayatkan hatinya ialah peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Beliau dikritik kerana kurang melaksanakan dasar pro-Melayu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Ekoran dari insiden itu, Tunku telah menyerahkan kuasa eksekutif kepada Tun Razak yang mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan kemudiannya meletakkan jawatan pada tahun 1970.
Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Jnuari 1971 Tunku meletakkan jawatan Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.
Tunku meninggal duni pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa Kemerdekaan akan sentiasa dikenang setiap kali menjelang Hari Kebangsaan,

 

Tun Abdul Razak Dato' Hussein
Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)

 

 

Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pekan, Pahang. Berpendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan kemudian ke Raffles College, Singapura.
Pembelajarannya bagaimanapun terbantut kerana penaklukan tentera Jepun pada tahun 1942. Beliau kemudiannya menyertai gerakan bawah tanah jajahan dengan membantu Force 136, sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun. Beliu berpangkat kapten ketika Jepun menyerah kalah. Kerana jasa-jasanya Tun Razak telah dihadiahkan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial untuk menuntut di England pada tahun 1974. Di sana beliau berkenalan dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib.
Tun Razak sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja beliau menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama beliau aktif sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu. Apabila ayanhandanya meninggal dunia beliau pulang ke tanah air dan menyertai perkhidmatan awam.
Tun Razak mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun 1950 apabila beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya. Pada tahun 1951 beliau dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua UMNO. Beliau bertanggungjawab membawa Tunku menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya sendiri.
Karier perkhidmatan awamnya bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955 beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 beliau mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan.
Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu .
Tun Razak memahat namanya sebagai pancipta Kemerdekaan apabila beliau menyertai rombongan Kemerdekaan ke London yang diketuai oleh Tunku. Apabila negara memperolehi Kemerdekaan beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Sebagai Menteri Pertahanan, beliau yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960.
Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' beliau kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, beliau telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.
Beliau juga menjuruterakan program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan.
Di arena antarabangsa, Tun Razak juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung Parlimen dibubarkan dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Tun Razak dilantik oleh Tunku sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Pada 22 September 1970, Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Tunku rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971 beliau dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22.
Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Tun Razak telah melancarkan Dasar Ekonimi Baru dan Rukune gra.
'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:
1 - Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
2 - Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.
Di era Tun Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang koprehensif dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Tun Razak namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu.
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dsar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.
Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit.
Dalam memupuk perpaduan antara kaum, beliau telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebagsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.
Tun Razak adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Beliau berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.
Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik.
Di bawah pentadbirannya, Malaysia melalui satu proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana beliaulah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati hari ini.
Tun Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Hussein Onn. Beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati. Allahyarham Tun Abdul Razak telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

 

Tun Hussein Onn
Perdana Menteri Ketiga (1976-1981)


 

 

Allahyarham Tun Hussein bin Onn adalah anakanda kepada Allahyarham Dato' Onn bin Jaafar yang memimpin ke arah penubuhan UMNO, malah Tun Hussein sendiri adalah salah seorang pengasas UMNO. Beliau dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari 1922.
Tun Hussein mendapat didikan awal di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Beliau dibesarkan di dalam suasana dunia berada di ambang Peperangan Dunia Kedua lantas mendorongnya membuat keputusan menjadi seorang tentera dengan memasuki Pasukan Tentera Johor sebagai seorang pegawai kadet. Beliau kemudiannya mamasuki Maktab Tentera British di Dehra, India dan setelah ditauliahkan beliau menyertai Regimen Hyderabad ke 19.
Bermula tahun 1942 beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi.
Beliau kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras beliau merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun. Apabila Perang Dunia Kedua tamat beliau pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang.
Tun Hussein kemudian menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun.
Disamping penglibatannya dalam politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950 beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
Tun Hussein kemudianya menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Beliau kemudiannya meninggalkan alam politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958.
Sekembalinya ke tanah air belaiu membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang DiPertua UMNO pad tahun 1964. Pada Jun 1969 beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertiggi UMNO)
Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Tun Razak. Dalam UMNO beliau meniti hirarki dengan pantas apabila dipilih sebagai Naib Presiden pada tahun 1972 dan kemudiannya dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos 1973 oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail.
Pada 13 Ogos 1973 beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memegang potfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Tun Razak ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari beliau telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO.
Khamis, 15 Januari 1976, Tun Hussein Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 belaiu menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Pada 15 Mei 1981 Tun Hussein menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara.
Takdir telah menentukan bahawa Tun Hussein dilahirkan untuk mewariskan perjuangan. Ketika menjadi Perdana Menteri beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Razak khususnya dalam menggerkkan 'Dasar Ekonomi Baru'. Di bawah pentadbirannya beliau telah memperkenalkan Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Sebagai seorang perwira, beliau fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dimodenisasikan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu cemas ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan mekernya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan intelligen yang berjaya.
Tun Hussein akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.
Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.
Tun Hussein bin Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad. Selepas bersara beliau telah mengabadikan diri kepada kerja-kerja kebajikan.
Dalam sejarah, Tun Hussein Onn akan sentiasa dikenang sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Beliau juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia. Malah beliau pula mewariskan kerajaan kepada Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh.
Beliau pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

 

 

Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia Keempat(1981-2003)

 

 

Dato Seri Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-kini)'Pencetus Malaysia Negara Maju'Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri hari ini. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.Persekolahannya bermula di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman.Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan beliau berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.Setelah tamat Perang Dunia Kedua beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura.Dr. Mahathir sejak mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengan nama penanya 'Che Det' beliau banyak menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Bakat kepimpinannya terselah semasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden, Penubuhan Islam, Kolej Kedoktoran. Beliau sering mengikuti perdebatan dan forum dan tidak segan silu menyatakan pendapatnya yang sebenar. Pada tahun 1952 beliau lulus dengan ijazah perubatan MBBS.Penglibatan politiknya bermula pada tahun 1945 apabila beliau menganggotai SABERKAS. Pada tahun 1946 beliau menyertai pula Kesatuan Melayu Kedah. Apabila Kongres Melayu SeMalaya diadakan pada tahun itu, beliau turut sama dalam peristiwa bersejarah itu dan merupakan salah seorang pengasas UMNO apabila Kongres membuat resolusi untuk menubuhkan UMNO dan membuka keahliannya.Pada penghujung 1957 beliau bersama isterinya Dr. (Datin Seri) Hasmah Mohd Ali yang merupakan rakan sekelasnya semasa di Singapura telah menubuhkan Maha Klinik di Alor Setar, Kedah.Penglibatannya secara aktif dalam politik bermula pada tahun 1964 apabila beliau dipilih sebagai ahli Parlimen setelah memenangi kerusi kawasan Kota Setar Selatan di atas tiket Perikatan. Namun dalam pilihan raya umum berikutnya pada tahun 1969 beliau tewas di kawasan yang sama kepada calon PAS. Selepas trajedi 13 Mei 1969 beliau telah disingkirkan dari UMNO kerana lantang mengkritik Tunku.Karier politiknya bagaimanapun menyinar kembali apabila beliau diterima kembali ke dalam UMNO pada tahun 1972 setelah Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO. Pada tahun yang sama beliau memenangi kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan undi tertinggi. Beliau dilantik sebagai senator pada tahun 1973 dan kemudiannya sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974 di dalam kabinet Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua.Pada tahun1975 beliau memenangi kerusi Naib Presiden UMNO. Apabila Tun Razak telah melantik Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.Pada 16 Julai 1981, Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat ekoran perletakkan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab kesihatan. Dalam tahun yang sama beliau menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO.Dr. Mahathir adalah seorang pemikir dan revolusiner. Di bawah pentadbirannya negara telah melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah digambarkan sebelum ini. Beliau mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global.Hasratnya dijelaskan dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020 yang beliau utarakan pada 28 Februari 1991 dengan bermatlamatkan "ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan".Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita0cita. Bagaikan seorang artis, beliau menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan keindahan perlaksanaan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri beliau tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya.Beliau juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya. Kempen peningkatan 'Daya Pengeluaran Negara' juga dianjurkan begitu juga dasar 'Penerapan Nilai-nilai Islam' sebagai satu wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan ajran Islam.Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia-British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia.Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.Program pengswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha mengurangkan beban kewngan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih efisyen. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Perngswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa.Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar Pengsyarikatan Malaysia' yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia' yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal ;Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju.Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek sirkit Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix duinia. Negara juga menaja pasukan formula 1Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'.Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Belaiu mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994.Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia.Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia buat beberapa lama lagi.Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar i Asia.Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia.Semua orang tahu Dr. Mahathir mempunyai komputer di pejabatnya, tetapi tiada siapa yang sangka bahawa beliau akan meletakan paksi dunia komputer di Malaysia. Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan Malaysia pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dan bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia.Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan eelektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.Dr. Mahathir juga memberikan penekanan kepada pembangunan akademik. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusaha membangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalkkan syarikat-syarikat Malaysia melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara yang ketandusan kepakaran. Kini Malaysia merupakan pelabur terbesar Kemboja dengan RM1bil. Yang Kedua terbesar di Vietnam dengan nilai pelaburan berjumlah RM559 disamping membuat kehadirannya sangat dirasai di Myanmar, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Maldives.Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau negara miskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas dengan prejudis.Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha Memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya.Rakyat hari ini dan generasi yang terkemudian tidak akan lupa pada Dr. Mahathir kerana 'Wawasan 2020nya'. Wawasan 2020 yang mengandungi apa yang dikatakan 'Sembilan Cabaran Utama' merupakan cita-citanya melihat rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni dan pragmatik ke arah pembentukan sebuah masyarakat maju dengan hasil jalinan keindahan spritual dan kemewahan material.Wawasan 2020 bukan suatu sasauan, malah ia adalah satu realiti yang mana prosesnya sedang rancak berirama mengelilingi kita dengan program-program pembangunan. Bagi Perdana Menteri Dr. Mahathir, perjuangannya belum selesai kerana perjalanannya tidak pernah berpenghujung. Beliau secara realistik menjelaskan, "saya tidak akan hidup sehingga tahun 2020 tetapi saya pasti Wawasan 2020 akan dapat dicapai".Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat tidak dapat dipertikaikan lagi merupakan 'Pencetus Malaysia Negara Maju'. Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang pacuan negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMAN INI TELAH DI BANGUNKAN OLEH ELYOPTICS SDN. BHD.